Monday 11 November 2013

Biodata Pengasas & Penasihat Darul Taqwa






Sebagaimana yang diketahui oleh semua masyarakat umum bahawa Darul Taqwa 
telah diasas oleh Ustaz Haji Taqiudin Bin Hamzah seawal tahun 1998. Untuk makluman kita semua,  beliau bergiat didalam ilmu perubatan islam ini seawal tahun 1980an semasa beliau sebelum melanjutkan pengajian ke Damsyiq, Syria. Ilmu perubatan ini telah dipelajari sejak menuntut di Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan oleh Tok Guru- Tok Guru yang alim disana dan menyambung pengajiannya di Damsyiq. 
Beliau juga menerima pengijazahan serta sanad amalan perubatan islam dari 
As-Syahid Sheikh Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Buti Hafizahullah.
Sekarang beliau menjawat jawatan sebagai Qadi dan Kaunselor Rumah Tangga, Daerah 
Timur Laut, Pulau Pinang serta menjawat beberapa jawatan seperti Pengasas & Penasihat Institut Kaunseling & Rawatan Islam Darul Taqwa, Mudir Madrasah Darul Taqwa dan Ahli Majlis Syura Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Manakala dibidang politik pula beliau seorang Yang Di Pertua PAS Kawasan Parlimen Jelutong dan Timbalan Perseuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang. Beliau juga pernah menjadi wakil untuk bertanding ADUN Penaga N01 pada tahun 2008 mewakili PAS.
Taraf pengajian beliau ialah B.A Universiti Damsyiq, Syria serta berpengalaman hampir 30 tahun 
dalam bidang perubatan islam serta telah mengijazahkan ilmu perubatan islam ini lebih dari 1000 pelajar yang telah menerima pengijazahan samada sekitar Malaysia dan penuntut-penuntut 
di Syria juga.




As-Syahid Sheikh Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Buti Hafizahullah


                    





No comments:

Post a Comment